Mengenal Novel Coronavirus Lebih Dekat

Redaksi 09 Oktober 2021 | 11:36 24
Mengenal Novel Coronavirus Lebih Dekat

Oleh : Asmaa' Binti Abdul Aziz 
Mahasiswa Fakultas Syariah dan Hukum
Universitas Islam Ar-Raniry Banda Aceh. 

Covid-19, yakni Coronavirus Disease 2019 adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan. Virus ini mula merebak di China pada hujung tahun 2019, oleh itu dia dikenali sebagai Coronavirus Disease 2019 (Covid-19).
Penyakit berjangkit yang menyerang sistem pernafasan sehingga boleh menyebabkan
kematian ini berterusan menular ke semua negara.

Wabah penyakit Covid-19 ini merebak dari individu kepada individu melalui sentuhan maupun titisan dan pernafasan, yakni apabila seseorang itu bersin atau batuk. Oleh itu, kerajaan meletakkan garisan SOP harus menjaga penjarakan sosial 1 meter dengan individu yang lain. Penyakit ini berisiko tinggi terhadap orang yang mempunyai antibodi lemah, seperti golongan warga yang sudah tua dan golongan yang mempunyai masalah kesehatan. Antara gejala-gejala jangkitan bagi penyakit ini adalah demam, batuk, dan sukar bernafas. 

Sehingga ke hari ini belum bisa menangani kes bagi penyakit Covid-19 ini. Bagi menanggulangi
dari terus merebak, semua orang harus mengambil langkah berjaga-jaga, yakni, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan handsanitizer, tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk atau bersin dan buang tisu ke dalam tong sampah, pastikan sentiasa menggunakan penutup hidung dan mulut apabila berada dalam kawasan 

awam, pastikan diri dapat rawatan awal apabila mempunyai gejala-gejala Covid-19, dan mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dengan orang lain serta menghindarkan diri dari tempat yang sesak. 

Jangkitan oleh novel coronavirus ini boleh menyebabkan seseorang individu itu tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ada sesetengahnya hanya menunjukkan gejala yang ringan seperti batuk kering, demam atau sakit tekak. Tetapi, jika sistem imun badan tidak dapat bertahan, gejala akan menjadi semakin teruk sehingga bantuan pernafasan diperlukan. Gejala ini boleh muncul dalam tempoh 14 hari, bermula daripada seseorang itu terdedah kepada novel coronavirus. Tempoh ini dinamakan tempoh inkubasi. 

Dalam tempoh inkubasi ini, keupayaan virus menjangkiti seorang individu kepada individu yang lain adalah amat tinggi. Pesakit yang berusia serta mempunyai sejarah penyakit kronik adalah golongan yang amat berisiko untuk mendapat jangkitan yang teruk. Mereka lebih terdedah untuk mendapat gangguan pernafasan akut sehingga terpaksa diberikan sokongan pernafasan menggunakan alat bantuan pernafasan. (*)